Thursday, March 22, 2018

Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia

Memang telah ramai pemandu Grabcar di Malaysia ini dan bilangannya semakin bertambah setiap hari kerana grabcar driver registration sangat lah mudah malah percuma lagi. Jika anda tercari-cari jawapan kepada how to become grabcar driver malaysia, anda telah terjumpa blog yang berkongsi tentang grabcar driver registration. Untuk lebih memahami cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia, eloklah anda mempunyai akaun sebagai pemandu Grabcar dahulu. Pendaftaran sebagai pemandu Grabcar di sangat mudah, boleh buat secara online sahaja dan percuma.

Setelah anda mendaftar sebagai pemandu Grabcar, ada pelbagai cara yang dikategori untuk anda mendapat pendapatan secara sampingan atau fulltime melalui driver grabcar ini. Satunya dah ramai driver Grab masuk kategori ini ialah menjana pendapatan melalui tambang Grab. Simple sahaja. Ambil rider dan dapatkan bayaran tambang. Settle. Tetapi ada satu lagi cara yang memang mengutungkan tetapi kerjaya lebih mudah iaitu menjana pendapatan daripada insentif sebagai pemandu Grabcar. Bagaimana tu? Ini yang cuba saya terangkan di dalam post kali ini.

Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia


Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia adalah berbeza untuk 2 kategori iaitu:

1. Grab Ambassador


Ini hanyalah sebagai contoh kerana jadual pengiraan insentif ni berbeza setiap minggu dan jadual ini hanyalah untuk Program Grab Ambassadorsahaja.

Cuba perhatikan jadual di atas untuk anda lebih memahami pengiraan Grab Ambassador. Sebagai contoh, jika anda buat trip hari Selasa pada pukul 7-8 ( orang panggil blok waktu) dan masa ini di namakan Mega Peak ( bayaran paling tinggi oleh Grab kepada driver ).



Rujuk jadual pengiraan insentif grab ni pula. Contohnya jika anda buat 3 trips dalam blok jam 7-8 pagi hari Selasa ( Mega Peak ), pendapatan bersih anda dapat sejam tu ialah rm48. Katakan:

1 trip fare rm10.
3 trips = rm10x3 = rm30
Tambah nilai ( kasar ) oleh Grab = rm30 ( duit ini di berikan oleh Grab )
Jadi, total jaminan kasar ( income kasar sebelum tolak 20% yang grab ambil ) = rm30+rm30=rm60
20% grab ambil = 20% / rm60 = rm12
Income bersih untuk 3 trip ( satu trip rm10 ) = rm60-rm12 = rm48!

Itulah cara pengiraan insentif untuk Grab ambassador.

Syarat untuk insentif Grab Ambassador


Walaubagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang anda kena patuhi untuk mendapat insentif grab ini. Syarat-syarat yang grab tetapkan untuk insentif ambassador adalah:

Acceptance rate min 85%
50% mesti pick up dari kawasan sibuk Grab Malaysia
4.7 star rating ke atas (update 19/04/2017)
Cancellation rate max 10%

Amacam, ada berani ke? bagi saya kalau buat full time memang boleh untuk kejar waktu pagi-pagi di lokasi sibuk yang di tetapkan. Kalau tak memenuhi syarat insentif yang di tetapkan, anda tak akan dapat bayaran insentif seperti di dalam jadual di atas. Bayaran insentif ini adalah seminggu sekali akan di masukkan ke dalam credit dalam app grab driver anda.

2. Program Grap-Pro


Cara pengiraan insentif untuk program Grab-pro ni sama dengan pengiraan incentif grab ambassador kecuali nilainya sahaja berubaha ( tak sama ) di mana grab ambassador lebih tinggi dari grab-pro driver. Korang boleh rujuk kepada jadual di bawah untuk pengiraan insetif Grab-Pro.


jadual incentif grab pro
Cara pengiraan insetif untuk pemandu grab pro adalah sama dengan pengiraan insetig grab ambassador kecuali nilainya sahaja berlainan dan sudah tentukan insetif grab ambassador lebih tinggi.
cara kira insentif grab pro

Syarat untuk insentif Grab Pro

Acceptance rate min 88% ( ini yang berbeza dengan grab ambassador)
50% mesti pick up dari kawasan sibuk Grab Malaysia
4.4 star rating ke atas (update 19/04/2017)
Cancellation rate max 10%

3. Program Grab Flexi


Program Grab Flexi ni sesuai untuk driver grab yang hanya ingin dapat income daripada tambang sahaja. Mereka tidak kisah tentang acceptance rate dan cancellation rate, buzy area dan sebagainya, Part time ramai masuk dalam kategori ni. Jadual pendapatan seperti berikut:

Min tambang di jamin rm5 setaip masa. Jika driver membuat min 50 trips dalam seminggu, jaminan tambang rm6 setiap trip di jamin oleh Grab.

Ini hal tentang insetif yang driver kena tahu. Nak drive kena ada strategi dan strategi kena bergantung kepada keadaan anda sendiri, anda yang tentukan sabab hanya anda tahu masa yang anda ada dan keupayaan anda untuk online app Grab Driver ni. Jika korang nak masuk grab ambassador, korang kena uninstall app uber driver baru boleh jadi grab ambassador. Kalau tidak jangan mimpilah ya. Jika korang bukan grab ambassador dan masih main insetif, korang secara auto masuk grab pro. Dapat juga insetif ni tetapi kurang dari ambassador.

Anda juga kena ingat, busy area ni kawasan yang sibuk dan biasanya high trafik. Hanya lokasi-lokasi tertentu sahaja di kelaskan sebagai busy area grab. Anda kena pick up dalam kawasan ni sebanyak 50% setaip minggu untuk melayakkan anda dapat insetif ambassador atau grab pro.

Jika korang hanya nakkan duit dari tambang sahaja, maka korang masuk dalam kategori grab flexi. Drive ikut suka bila nak drive tetapi saya nasihatkan habiskan 50trips seminggu barulah boleh dapat jaminan tambang rm6 per trips.

No comments:

Post a Comment