Monday, March 26, 2018

Dimanakah Lokasi Kiosk Grab di Seluruh Malaysia?


Pasti ramai tertanya dimanakah kiosk grab di seluruh Malaysia..Sekarang saya akan kongsikan lokasi yang ada di seluruh Malaysia dimana anda boleh guna untuk verifiedkan dokumen anda untuk tujuan pengaktifan akaun grab driver anda.



Kuala Lumpur - G & G Tandoori Restoran

Cheras - Restoran AL Safina

Kota Damansara - Restoran Nur Iqbal Maju

Bangsar - Restoran Uncle Rahmat

Sunway - Restoran Sun Corner

Wangsa Melawati - Nasi Kandar Qudrat



PENANG : Grab Driver Centre (PG)

SUNGAI PETANI: Killiney Kopitiam

SUNGAI PETANI: Insuran & Road Tax

ALOR SETAR: Restoran Citarasa TT Gajah

KANGAR: Cafe & Photo

IPOH: Konzo Sticker Trading

IPOH: CoffeeRight Place

SEREMBAN: The Urban Affair

SEREMBAN: Isja Creative Resources



MELAKA: Taman Mahajaya - MTC Training Centre

JOHOR BAHRU: SETIA TROPIKA

BATU PAHAT: Ninety Six Celluar

KLUANG: Unicom Telecentre

MUAR: Black Tree Cafe



KUANTAN: my10's IT Hub @ Kuantan Digital Mall

KUALA TERENGGANU: Caffe 5

KOTA BHARU: Qipe online shoppe



KUCHING: Traffic Garden: E-Millenium Trading

KOTA KINABALU: Riverson

MIRI: Brewhouse 101 Commercial Centre

SANDAKAN: San Da Gen kopitiam

SANDAKAN: Rock Paper Scissors Cafe

SIBU: The Coffee Code

TAWAU : Genesis Mobile

TAWAU: GENESIS

LABUAN: Rasa Sayang Station

BINTULU: Today Pharmacy Sdn Bhd

Paparkan lokasi PENUH DISINI

Thursday, March 22, 2018

Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia Terkini

Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia. Kadang-kadang walaupun dah lama kita memandu kereta uber dan  grabcar, kalau rider tanya kita tak ingat cara pengiraan Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia ni. Susah skit nak terangkan sebab angka-angka ini kita lupa sedangkan ini penting untuk rider. Oh ya untuk jadi rider uber contohnya, kena download dulu app uber dari google play dan baca cara nak guna aplikasi uber untuk rider ni.

Jadi, post kali ini adalah untuk ingatkan kembali Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia supaya sentiasa ada di kepala anda supaya lagi senang untuk sembang dengan rider anda. Ok la tu kan. Yang mana lagi murah? Ini subjektif kerana bergantung kepada beberapa sebab seperti trafik semasa dan masa untuk pick up. Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia yang dikongsikan di sini adalah unttuk keadaan normal tanpa promo kod. Asyik bayar tambag je, apa kata pula kalau anda daftar sebagai pemandu grabcar. Amacam?

Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia


Tambang / Fare Grabcar di Malaysia adalah seperti di bawah. Rider naik je dah start base fare rm1.00 dan setiap km driver akan dibayar rm1.30. Sebab itulah driver susah nak pergi ke lokasi-lokasi yang bukan drop off point bila di minta oleh rider. Satu km rm 1.30 sepatutnya rider tambah untuk driver.

kos grabcar


Tambang / Fare Uber di Malaysia. Kalau kereta uber pula ikut kategori kereta. Yang biasanya orang ramai akan pilih UberX kerana harga tambag fare lebih murah berbanding UberXL dan UberBlack. Kadang-kadang kalau request uberX pun, kereta yang datang boleh tahan juga macam Altis dan ASX. Nasib la kan. Kalau dapat viva pun. Biasanya rider akan cancel. Rider ni memilih jugak

kos uber


Itu info mengenai Tambang / Fare Uber dan Grabcar di Malaysia ni. Harap-harap boleh  ingat nilai-nilai ni baru best nak sembang kalau rider tanya. Tetapi tambag atau fare uber dan grab ni akan berubah kalau uber dan grab nak ubah. Pada masa info ini di tulis, inilah dia tambang uber dan grab di Malaysia.

JIKA ANDA INGIN MENDAFTAR GRAB TANPA PERLU KE KIOSK BOLEH WASSAP SAYA ..Sila KLIK LINK DIBAWAH 

Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia

Memang telah ramai pemandu Grabcar di Malaysia ini dan bilangannya semakin bertambah setiap hari kerana grabcar driver registration sangat lah mudah malah percuma lagi. Jika anda tercari-cari jawapan kepada how to become grabcar driver malaysia, anda telah terjumpa blog yang berkongsi tentang grabcar driver registration. Untuk lebih memahami cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia, eloklah anda mempunyai akaun sebagai pemandu Grabcar dahulu. Pendaftaran sebagai pemandu Grabcar di sangat mudah, boleh buat secara online sahaja dan percuma.

Setelah anda mendaftar sebagai pemandu Grabcar, ada pelbagai cara yang dikategori untuk anda mendapat pendapatan secara sampingan atau fulltime melalui driver grabcar ini. Satunya dah ramai driver Grab masuk kategori ini ialah menjana pendapatan melalui tambang Grab. Simple sahaja. Ambil rider dan dapatkan bayaran tambang. Settle. Tetapi ada satu lagi cara yang memang mengutungkan tetapi kerjaya lebih mudah iaitu menjana pendapatan daripada insentif sebagai pemandu Grabcar. Bagaimana tu? Ini yang cuba saya terangkan di dalam post kali ini.

Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia


Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia adalah berbeza untuk 2 kategori iaitu:

1. Grab Ambassador


Ini hanyalah sebagai contoh kerana jadual pengiraan insentif ni berbeza setiap minggu dan jadual ini hanyalah untuk Program Grab Ambassadorsahaja.

Cuba perhatikan jadual di atas untuk anda lebih memahami pengiraan Grab Ambassador. Sebagai contoh, jika anda buat trip hari Selasa pada pukul 7-8 ( orang panggil blok waktu) dan masa ini di namakan Mega Peak ( bayaran paling tinggi oleh Grab kepada driver ).



Rujuk jadual pengiraan insentif grab ni pula. Contohnya jika anda buat 3 trips dalam blok jam 7-8 pagi hari Selasa ( Mega Peak ), pendapatan bersih anda dapat sejam tu ialah rm48. Katakan:

1 trip fare rm10.
3 trips = rm10x3 = rm30
Tambah nilai ( kasar ) oleh Grab = rm30 ( duit ini di berikan oleh Grab )
Jadi, total jaminan kasar ( income kasar sebelum tolak 20% yang grab ambil ) = rm30+rm30=rm60
20% grab ambil = 20% / rm60 = rm12
Income bersih untuk 3 trip ( satu trip rm10 ) = rm60-rm12 = rm48!

Itulah cara pengiraan insentif untuk Grab ambassador.

Syarat untuk insentif Grab Ambassador


Walaubagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang anda kena patuhi untuk mendapat insentif grab ini. Syarat-syarat yang grab tetapkan untuk insentif ambassador adalah:

Acceptance rate min 85%
50% mesti pick up dari kawasan sibuk Grab Malaysia
4.7 star rating ke atas (update 19/04/2017)
Cancellation rate max 10%

Amacam, ada berani ke? bagi saya kalau buat full time memang boleh untuk kejar waktu pagi-pagi di lokasi sibuk yang di tetapkan. Kalau tak memenuhi syarat insentif yang di tetapkan, anda tak akan dapat bayaran insentif seperti di dalam jadual di atas. Bayaran insentif ini adalah seminggu sekali akan di masukkan ke dalam credit dalam app grab driver anda.

2. Program Grap-Pro


Cara pengiraan insentif untuk program Grab-pro ni sama dengan pengiraan incentif grab ambassador kecuali nilainya sahaja berubaha ( tak sama ) di mana grab ambassador lebih tinggi dari grab-pro driver. Korang boleh rujuk kepada jadual di bawah untuk pengiraan insetif Grab-Pro.


jadual incentif grab pro
Cara pengiraan insetif untuk pemandu grab pro adalah sama dengan pengiraan insetig grab ambassador kecuali nilainya sahaja berlainan dan sudah tentukan insetif grab ambassador lebih tinggi.
cara kira insentif grab pro

Syarat untuk insentif Grab Pro

Acceptance rate min 88% ( ini yang berbeza dengan grab ambassador)
50% mesti pick up dari kawasan sibuk Grab Malaysia
4.4 star rating ke atas (update 19/04/2017)
Cancellation rate max 10%

3. Program Grab Flexi


Program Grab Flexi ni sesuai untuk driver grab yang hanya ingin dapat income daripada tambang sahaja. Mereka tidak kisah tentang acceptance rate dan cancellation rate, buzy area dan sebagainya, Part time ramai masuk dalam kategori ni. Jadual pendapatan seperti berikut:

Min tambang di jamin rm5 setaip masa. Jika driver membuat min 50 trips dalam seminggu, jaminan tambang rm6 setiap trip di jamin oleh Grab.

Ini hal tentang insetif yang driver kena tahu. Nak drive kena ada strategi dan strategi kena bergantung kepada keadaan anda sendiri, anda yang tentukan sabab hanya anda tahu masa yang anda ada dan keupayaan anda untuk online app Grab Driver ni. Jika korang nak masuk grab ambassador, korang kena uninstall app uber driver baru boleh jadi grab ambassador. Kalau tidak jangan mimpilah ya. Jika korang bukan grab ambassador dan masih main insetif, korang secara auto masuk grab pro. Dapat juga insetif ni tetapi kurang dari ambassador.

Anda juga kena ingat, busy area ni kawasan yang sibuk dan biasanya high trafik. Hanya lokasi-lokasi tertentu sahaja di kelaskan sebagai busy area grab. Anda kena pick up dalam kawasan ni sebanyak 50% setaip minggu untuk melayakkan anda dapat insetif ambassador atau grab pro.

Jika korang hanya nakkan duit dari tambang sahaja, maka korang masuk dalam kategori grab flexi. Drive ikut suka bila nak drive tetapi saya nasihatkan habiskan 50trips seminggu barulah boleh dapat jaminan tambang rm6 per trips.

Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun

Kami tahu tuan telah mengalami satu penantian yang menyeksakan untuk mendaftar sebagai grab di mana 2-3 hari tu terasa lama sangat. Tak sabar nak jadi pemandu grabcar berdaftar dan mula menjana duit sebagai pemandu grab di lokasi-lokasi Grab beroperasi di seluruh Malaysia. Tahniah permohonan anda sebagai pemandu grab telah berjaya dan apa langkah seterusnya yang perlu anda buat untuk mula online app grab driver ni.

Oh ya, jika anda telah daftar sebagai driver grabcar sahaja, anda rugi kerana anda juga boleh mendaftar sebagai driver uber dalam masa yang sama dan menggunakan phone yang sama. Untuk pengetahuan anda, Grab dab Uber ni syarikat berlainan yang bersaing antara satu sama lain dan ada kelebihan masing-masing. Bagi pemandu uber di Malaysia, antara kelebihan Uber berbanding Grab ialah Uber ada " Q " di KLIA, bayaran Uber adalah mengikut jadual dan tak delay seperti Grab, App Uber tak perlu top up, Uber mengikut masa perjalanan di mana kalau jalan jem, Uber adalah terbaik sebab harga akan meningkat dan driver akan untung. Anda boleh whatsapp saya 017 9442674 untuk daftar sebagai pemandu uber.

Tips driver Grab baru


Apa perlu buat setelah akaun pemandu Grab aktif?


Mesti anda tak tahu kan kecuali kawan-kawan ada bagitahu anda dan anda pernah baca di blog macam blog ini. Akaun pemandu grab dah aktif, dan apa nak buat seterusnya?

1. Download app grab driver - anda kena download dulu di mana link download untuk android dan iphone adalah berbeza. Bila anda online dan keluar peta di app, maknanya akaun pemandu Grab anda telah aktif.


2.Top up app grab driver - anda kena top up app grab driver ni. Top up grab ini adalah supaya Grab boleh potong 20% ( daftar sebelum 14.8.17 ) atau 25% ( daftar selepas 14.8.17 ) setiap trip seperti yang dijanjikan oleh grab. Cara top up app grab ni mudah sahaja:

Cara 1: Beli kat Petronas / 7e / Kk mart Yg terpilih sahaja. Kata nak beli “ GRAB TOP UP “.
CARA TOPUP GRAB GUNA PIN - Tekan 3 baris atas sblh kiri app > grabpay wallet > credits > top up with pin > masukkan no topup > confirm.

Cara 2: www.e-pay.com.my
Reg free > Log in > Pilih others > Pilih grab > Pilih 10/20/50 > Link ke cimb/maybank2u

Cara 3: Transfer drpd cash wallet (grabpay)
Tekan credit balance > Topup with account > Pilih 10/20/50 > Submit > Success


Setelah anda buat dua perkara di atas, anda telah bersedia untuk menjana duit sebagai pemandu Grab.

Tip hari pertama pemandu Grab


Sudah tentu anda perlukan tip untuk bermula kan. Kat bawah ni ada beberapa tip untuk pemandu grab baru:

1. Tengok balik manual pemandu grab - banyak info penting dalam manual ni. Anda sepatutnya tengok 2-3 kali supaya lebih paham dan yakin untuk bermula sebagai grab driver. Untuk refresh kembali tentang grab, cara guna app, bayaran, insentif sila tonton kembali VIDEO grab:


2. Simpan no Grab ni dalam telefon supaya senang nak minta bantuan jika ada masalah.

Grab: 03-7964 5000 / 1300-80-5858
Grab emergency ( kemalangan ): 018-263 2340

3. Pastikan anda jaga rating berikut:

Acceptance rate: min 30%
Cancellation : max 10%

4. Sediakan cukup kecil untuk bagi baki sebab 90% bayaran adalah secara tunai. Saya cadangkan anda sediakan:

2 keping duit rm10
5 keping duit rm5
20 keping duit rm1

Supaya anda tak kalut nak bagi baki, baru nampak pro sikit.

5. Isi minyak secukupnya, elakkan masa bawa penumpang singgah stesen minyak. Penumpang tak suka dan rating akan jatuh.

6. Guna smartag dan toup secukupnya. Touch n go pun dah cukup.

7. Makan dan minum secukupnya supaya anda tak perlu tercari-cari kedai makan. Sebab driver akan pergi ke mana-mana lokasi yang kita tak biasa, jadi kedai makan pun kita tak tahu kat mana. Bazir masa nak cari kedai makan.

8. Pastikan bila penumpang naik, ucapkan assalamualikum atau hai, itu sudah cukup. Kalau penumpang duduk belakang, maknya dia nak privacy. Jadi jangan kacau. Tak semua penumpang suka kita tanya soalan. Diam lagi bagus kecuali kalau penumpang yang bercakap. Jangan memburukkan penumpang lain depan penumpang dalam kereta.

9. Lepas drop off penumpang, tunggu 5 min kat situ, kalau takde ping masuk terus bergerak ke kawasan hotspot. Pastikan enjin kereta di matikan semasa menunggu, cari kawasan-kawasan redup untuk menunggu. Jangan meronda-ronda dengan kereta, rugi duit bayar minyak.

10. Pakaian bebas tetapi kemas.

Kawasan hotspot untuk pemandu Grab

  • Universiti Malaysia / Tropicana City Mall / Jaya One
  • Eastin & Phileo Business Park / Atria Shopping Complex / SS2 Commercial Area
  • Digital Mall / Jaya 33 & Plaza 33 / Paradigm Mall
  • Citta Mall / Subang Airport / Dataran Sunway & The Strand
  • The Curve & IKANO Power Centre / 1Utama / TTDI
  • One Avenue, The Roof, Sri Pentas / Centrepoint BU / Damansara Uptown
  • Plaza Damansara / Hartamas Commercial Area / Garden International School
  • Publika / One Mont Kiara / Plaza Damas / Damansara Town Centre
  • Telawi / Bangsar Shopping Centre / MidValley Megamall
  • Menara TM / KL Sentral / The Sphere / Nexus/ Pantai HillPark
  • Hilton & Le Meridien / Petaling Street & Central Market / Masjid Jamek
  • Pavilion & Bkt Bintang / KLCC / Fraser Business Park
  • Kenanga Wholesale City / PWTC / GE Mall
  • Tmn U-Thant & Embassy Row / Ampang Point / Amcorp Mall & Tmn Jaya LRT
  • Sunway Pyramid / SS15 / Sunway University / Taylor's Lakeside
  • Monash University / KL Tower / Pasar Seni LRT Station / Changkat Bkt Bintang
  • Sunway Putra Mall / USJ 10 - Taipan / One City / Sri Petaling Commercial Area
  • Kuchai Entrepreneur's Park / Summit USJ / One Ampang Avenue
  • ISKL / Flamingo Hotel / Gleneagles Ampang Hospital
  • KoreaTown / Royal Selangor Polo Club / Fairview International School
  • Wangsa Walk / Platinum Walk / PV 10 / TAR College

Di harap sedikit tip untuk pemandu baru grab ni dapat membantu. Jika ada soalan, anda boleh tinggalkan kat komen.

JIKA ANDA INGIN MENDAFTAR GRAB TANPA PERLU KE KIOSK BOLEH WASSAP SAYA ..Sila KLIK LINK DIBAWAH